Saiful Adli

Penerangan pengguna

----
onlyyoumylaw.weebly.com



Topik 6: Undang-Undang Sewa Beli
18 - 23 minutes


1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEWA BELI (SB)?

Sewa beli ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli barangan tersebut. Anda adalah penyewa dan syarikat yang membiayai barang-barang tersebut adalah pembiaya dan juga pemilik. Hak milik hanya akan berpindah kepada penyewa selepas semua ansuran dijelaskan. Sementara itu, anda boleh membawa pulang barangan tersebut untuk digunakan.


Rujukan : Seksyen 2 Akta Sewa Beli



1.1 DI MANAKAH BOLEH DAPAT PEMBIAYAAN?


Anda boleh memohon pembiayaan SB daripada syarikat kewangan.


 
2. JENIS BARANGAN YANG BOLEH DIPEROLEHI SECARA SB

Pelbagai barangan boleh diperolehi secara SB, termasuk:


Semua barangan pengguna yang diperolehi untuk kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah


Kenderaan bermotor termasuk kenderaan orang sakit, motosikal, motokar (termasuk teksi dan kereta sewa), kenderaan barangan dan bas


Sewa beli adalah salah satu kaedah yang paling kerap diamalkan oleh orang ramai untuk memiliki kereta. Sebelum memasuki sesuatu perjanjian sewa beli bagi kereta persendirian, ada baiknya anda menatap halaman ini untuk lebih mendalami hal-hal yang berkaitan dengannya


Memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pembiayaan sewa beli boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dan keresahan.


 
3. DARI SUDUT UNDANG-UNDANG- AKTA SEWA BELI 1967

Semua transaksi SB adalah dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 (Akta SB). Butir-butir dan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian SB, hak di sisi undang-undang, tanggungjawab dan tugas penyewa serta pembiaya ada diterangkan di dalam Akta SB.


Akta SB ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.



3.1 DARI SUDUT KEMAMPUAN


Sebelum memasuki perjanjian untuk membeli kenderaan bermotor melalui SB, pastikan dahulu berapa yang anda mampu untuk bayar melalui ansuran bulanan supaya tidak lari daripada bajet. Sebagai panduan, bayaran ansuran bulanan untuk rumah dan kenderaan bermotor hendaklah tidak melebihi 33% daripada pendapatan bulanan rumah. Anda juga perlu menyediakan peruntukan tambahan untuk insurans dan cukai jalan. Adalah juga mustahak anda meneliti segala kewajipan dan tanggungjawab anda, termasuk penalti yang mungkin akan dikenakan sebelum menandatangani perjanjian SB.



4. PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERJANJIAN SEWA BELI


3 pihak utama yang utama iaitu:


Syarikat Kewangan, Peniaga atau Pengedar & Penyewa


4.1 BERURUSAN DENGAN SYARIKAT KEWANGAN:


Perjanjian SB boleh dirunding secara terus dengan syarikat kewangan atau melalui pengedarkenderaan bermotor yang akan mengemukakan permohonan pembiayaan anda kepada syarikat kewangan.


1.     PEMBENTUKAN PERJANJIAN SEWA BELI


1.1   SEBELUM PEMBENTUKAN PERJANJIAN



SEKSYEN 4(1)(a)  AKTA SEWA BELI


• Sekiranya anda berurusan secara terus dengan syarikat kewangan, anda akan diberi penyata kewangan bertulis yang dikenali sebagai Jadual Kedua Bahagian


• Penyata ini akan menerangkan tanggungjawab kewangan anda di bawah perjanjian SB yang dicadangkan



SEKSYEN 4(1)(b)  AKTA SEWA BELI


• Sekiranya anda berurusan melalui pengedar kenderaan bermotor, di samping Jadual Kedua Bahagian I, anda akan menerima penyata tambahan yang dikenali sebagai Jadual Kedua Bahagian II yang menyatakan persetujuan syarikat kewangan untuk menjadi salah satu pihak kepada perjanjian tersebut. Bahagian ini hendaklah ditandatangani oleh pengedar dan syarikat kewangan selepas anda menerima Bahagian I Jadual Kedua


Tujuan utama pernyataan bertulis tersebut adalah untuk memberi maklumat kepaka bakal penyewa berkenaan pemilik sebenar barangan tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan transaksi adalah berbentuk tiga segi iaitu antara peniaga, syarikat kewangan dan penyewa.


 
SEKSYEN 4(3) AKTA SEWA BELI


• Anda tidak boleh dipaksa untuk memasuki perjanjian SB ataupun dikehendaki menjelaskan kos menyediakan dan mendapatkan Jadual Kedua sekiranya anda tidak bersetuju untuk menandatangani perjanjian SB tersebut


• Anda tidak tertakluk kepada terma dan syarat-syarat penyata Jadual Kedua (Bahagian I dan II) selagi anda tidak memasuki perjanjian SB tersebut


• Sekiranya anda bersetuju untuk menyewa kenderaan bermotor tersebut selepas menerima penyata Jadual Kedua (Bahagian I dan II), satu perjanjian SB akan dibuat di antara anda dan syarikat kewangan.



SEKSYEN 4(4) AKTA SEWA BELI


Ketidakpatuhan kepada keperluan di atas (S4(1) Akta Sewa Beli ) akan menyebabkan suatu perjanjian sewa beli yang dimasuki terbatal.



4.2   SEMASA PEMBENTUKAN PERJANJIAN SB


SEKSYEN 4A(1) AKTA SEWA BELI


Perjanjian Sewa Beli mestilah dibuat secara bertulis.



SEKSYEN 4A(2) AKTA SEWA BELI


Kegagalan mematuhi peruntukan ini akan menjadikan perjanjian sewabeli tersebut batal.



SEKSYEN 4B(1) AKTA SEWA BELI


Setiap perjanjian sewa beli hendaklah ditandatangani semua pihak yang terlibat.



SEKSYEN 4B(2) AKTA SEWA BELI


Hanya dokumen/perjanjian sewa beli yang lengkap diisi boleh ditandatangani



SEKSYEN 4B(3) AKTA SEWA BELI


Kegagalan mematuhi Seksyen 4B menyebabkan perjanjian sewa beli terbatal


 
SEKSYEN 4(1)(a) AKTA SEWA BELI


Perjanjian SB seharusnya mengandungi maklumat-maklumat penting berikut:



• Perihal kenderaan bermotor yang dibiayai
• Pengiraan jumlah yang perlu dibayar
• Deposit minimum
• Caj terma dan Kadar Peratus Tahunan untuk caj terma
• Caj lewat bayar
• Tarikh permulaan sewa
• Bilangan ansuran bulanan
• Jumlah ansuran bulanan
• Kepada siapa, bila dan di mana pembayaran ansuran bulanan perlu dibuat
• Alamat di mana kenderaan bermotor biasanya disimpan



Anda hendaklah memastikan bahawa butir-butir yang terkandung di dalam perjanjian adalah sama dengan butir-butir yang terdapat di penyata Jadual Kedua Perjanjian tersebut akan disetemkan pada kadar nominal atas tanggungan anda Anda tidak memerlukan khidmat peguam untuk memasuki sebarang perjanjian SB



DEPOSIT MINIMUM


Deposit minimum ialah 10% daripada harga tunai kenderaan bermotor. Walau bagaimanapun, syarikat kewangan boleh mengenakan deposit yang lebih tinggi.


 
SEKSYEN 4D(1) AKTA SEWA BELI


Perjanjian Berasingan Bagi Setiap Butiran Barangan



Sekiranya terdapat lebih daripada sejenis barang, setiap barangan yang disewabelikan harus diberikan perjanjian sewa beli yang berasingan.



Seksyen 4(D) Akta Sewa Beli menyatakan kegagalan mematuhi peruntukan inin akan menjadikan perjanjian sewa beli tidak sah,


4.3  SELEPAS  PEMBENTUKAN PERJANJIAN SB



SEKSYEN 5(1) AKTA SEWA BELI


PENYERAHAN PERJANJIAN SB


Selepas perjanjian sewa beli terjalin, satu salinan perjanjian sewa beli yang telah ditandatangani hendaklah diserahkan kepada penyewa dan penjamin dalam masa 14 hari .



SEKSYEN 5(1A) AKTA SEWA BELI


Kegagalan mematuhinya akan menyebabkan perjanjian sewa beli tidak boleh dikuatkuasakan oleh pemilik.


 
SEKSYEN 5(2) AKTA SEWA BELI


PEMBAYARAN TERAKHIR


Sebelum suatu pembayaran terakhir dibuat dibawah perjanjian sewa beli, pemilik hendaklah dalam masa 14 hari selepas menerima permohonan bertulis daripada penyewa, membekalkan kepada penyewa satu salinan memorandum/nota perjanjian.


Dokumen ini hanya boleh diperolehi penyewa selepas membayar yuran yang telah ditetapkan.


 2. CAJ TERMA (KADAR FAEDAH)


Caj terma maksimum yang boleh dikenakan oleh syarikat kewangan ialah pada kadar sama rata sebanyak 10% setahun. Kadar peratusan sama rata ini dikenakan sepanjang tempoh SB. Sekiranya anda dikenakan kadar faedah sama


Caj lewat bayar maksimum yang boleh dikenakan oleh syarikat kewangan ialah 8% setahun dikira berasaskan baki harian ke atas ansuran yang tertunggak.


3. PENJAMIN


Syarikat kewangan akan membuat penilaian kredit ke atas pemohon kemudahan SB. Berdasarkan kepada keputusan penilaian kredit tersebut, syarikat kewangan mungkin memerlukan penjamin untuk kemudahan SB sebagai cagaran tambahan kepada kemudahan SB tersebut. Penjamin dikehendaki menandatangani surat jaminan. Penjamin akan menerima sesalinan perjanjian SB dan menanggung liabiliti ke atas kemudahan SB tersebut. Sekiranya penyewa ingkar membuat pembayaran, penjamin bertanggungjawab untuk menjelaskan jumlah yang tertunggak bagi kemudahan SB ini, termasuk faedah tertunggak.



4. PENGIRAAN CAJ TERMA


Caj terma, iaitu faedah, adalah dikira seperti di bawah. Contohnya, sekiranya anda mengambil pembiayaan sebanyak RM50,000 pada kadar 10% setahun selama lima tahun.



Faedah ke atas pembiayaan SB dikira berasaskan jumlah pembiayaan permulaan dan bukannya berasaskan baki belum jelas sebagaimana pinjaman lain.


 
5. SYARAT DAN WARANTI DALAM PERJANJIAN SEWA BELI


5.1   SYARAT TERSIRAT


SEKSYEN 7(1)(b) AKTA SEWA BELI


Pemunya mempunyai hak untuk menjual barang-barang pada masa harta itu patut dilepaskan


 
SEKSYEN 7(2) AKTA SEWA BELI


Barang-barang yang disewa beli itu mestilah mempunyai kualiti boleh dagang KECUALI penyewa mengetahui atau dapat mengesan kecacatan barang atau barang tersebut barang terpakai dan penyewa telah dimaklumkan secara bertulis berkaitannya.


SEKSYEN 7(3) AKTA SEWA BELI


Pemunya dikehendaki menyewakan barang yang sesuai dengan kehendak/tujuan  penyewa menyewa barang


KECUALI  


barang tersebut barang terpakai dan penyewa telah dimaklumkan secara bertulis berkaitannya.


 
5.2   WARANTI TERSIRAT


SEKSYEN 7(1)(a) AKTA SEWA BELI


Waranti tersirat bahawa penyewa akan mendapat milikan aman barang-barang



SEKSYEN 7(1)(c) AKTA SEWA BELI


Waranti tersirat bahawa barang-barang adalah bebas dari gadaian ataui bebanan bagi pihak ketiga pada masa harga itu dilepaskan.


 
6. HAK DAN TANGGUNGAN PENYEWA


SEKSYEN 9 AKTA SEWA BELI


Hak untuk mendapat maklumat dan dokumen bertulis daripada pemilik iaitu:



Jumlah yg telah dibayar kepada pemilik oleh penyewa


Jumlah yg masih belum dibayar oleh penyewa


Jumlah keseluruhan yang kena dibayar di bwh perjanjian


Jumlah faedah yang terkumpul daripada tunggakan ansuran




SEKSYEN 10 AKTA SEWA BELI


Hak untuk mengagihkan bayaran.


Penyewa berhak meminta pemilik mengagih-agihkan pembayaran yg sedia ada dibuat kepada salah satu atau lebih drp perjanjian sewa beli. Ini bertujuan utuk mengelakkan penyewa dari gagal membayar kesemua ansuran bagi kesemua perjanjian sewa beli yang ada dan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu atau lebih drp perjanjian. 


5. HAK SEBAGAI PENYEWA / TANGGUNGAN PENYEWA


PENYELESAIAN AWAL


Anda boleh memilih untuk menyelesaikan lebih awal baki hutang di bawah perjanjian SB. Sekiranya anda berbuat demikian, anda berhak untuk mendapat rebat ke atas faedah. Mengikut contoh tadi, tempoh SB anda ialah 5 tahun (60 bulan). Setelah membayar ansuran selama 4 tahun (48 bulan), anda ingin menyelesaikan pembiayaan tersebut. Anda berhak mendapat rebat ke atas faedah bagi baki tempoh pembayaran balik yang tinggal sebanyak 12 bulan (iaitu, 60 bulan - 48 bulan = 12 bulan). Pengiraan rebat ke atas faedah mengikut contoh tadi adalah seperti berikut: Jumlah faedah ke atas jumlah pembiayaan ialah RM25,000.


HAK ANDA SEBAGAI PENYEWA


Anda mempunyai hak-hak seperti berikut:


• Menerima sesalinan perjanjian SB
• Memperolehi sebarang maklumat mengenai akaun anda
• Meminta penyata baki belum jelas (sekali setiap 3 bulan)
• Menyelesaikan kemudahan SB lebih awal
• Menamatkan perjanjian SB pada bila-bila masa


TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENYEWA


Anda mempunyai tanggungjawab berikut:


• Tidak memindahkan atau menjual kenderaan bermotor tanpa persetujuan syarikat kewangan
• Membayar ansuran mengikut jadual
• Memberitahu syarikat kewangan jika berlaku sebarang pertukaran alamat
• Tidak gagal menginsuranskan kenderaan bermotor selepas tahun pertama dan memberitahu syarikat kewangan mengenai pembaharuan polisi insurans tidak lewat 14 hari sebelum polisi sekarang luput


HAK SYARIKAT KEWANGAN


Syarikat kewangan mempunyai hak-hak seperti berikut:


• Menarik balik kenderaan bermotor bila anda ingkar dalam membuat pembayaran
• Menggesa anda menginsuranskan kenderaan bermotor
• Mengenakan fi ke atas anda bagi tujuan menguatkuasakan perjanjian SB


HAK PENJAMIN


Sebagai penjamin di bawah perjanjian SB, anda mempunyai hak-hak seperti berikut


• Menerima sesalinan perjanjian SB
• Menerima semua notis pembayaran yang dihantar oleh syarikat kewangan kepada peminjam
• Dilepaskan daripada liabiliti sebaik sahaja jumlah yang terhutang kepada syarikat kewangan dibayar dengan sepenuhnya
• Mengambil tindakan undang-undang terhadap penyewa kerana gagal melaksanakan tanggungjawab
• Dibayar ganti rugi oleh penyewa terhadap tuntutan-tuntutan oleh syarikat kewangan selepas anda membayar jumlah hutang kepada syarikat kewangan


MENARIK BALIK KENDERAAN BERMOTOR


Sebagai penyewa, anda hendaklah memastikan bahawa ansuran bulanan dibayar mengikut jadual. Syarikat kewangan boleh menarik balik kenderaan bermotor yang disewa kepada anda bila:


• Anda ingkar membayar dua ansuran berturut-turut atau ansuran terakhir
• Jika penyewa meninggal dunia, keingkaran berlaku untuk empat ansuran berturut-turut


SIAPAKAH YANG BOLEH MENARIK KENDERAAN BERMOTOR ANDA?


Biasanya syarikat kewangan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan yang membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.


PERILAKU PENARIK


Penarik haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan bermotor daripada anda. Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan "Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik" untuk dipatuhi oleh penarik dan untuk melindungi kepentingan penyewa. Di antara peraturan tersebut adalah seperti berikut:


• Penarik hendaklah menunjukkan kepada penyewa Perintah Penarikan dan kad kuasa yang diberi oleh syarikat kewangan sebelum menarik kenderaan bermotor



• Mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan bermotor hendaklah seminimum mungkin, melainkan dalam keadaan yang memerlukan kumpulan yang lebih ramai



• Penarik hanya boleh memasuki premis dengan izin penghuninya atau penyewa kenderaan bermotor itu sendiri



• Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak secara profesional



• Bertindak secara kekerasan dan paksaan adalah dilarang sama sekali



• Penyewa hendaklah diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan bermotor yang akan ditarik



• Selepas kenderaan bermotor ditarik, penarik hendaklah membuat laporan polis dengan serta-merta dan membawa kenderaan bermotor tersebut ke tempat yang diarahkan oleh syarikat kewangan terbabit


 


Sekiranya penarik melanggar peraturan di atas, anda boleh membuat aduan kepada syarikat kewangan terbabit atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.


SEBELUM KENDERAAN BERMOTOR DITARIK


Syarikat kewangan anda seharusnya telah menghantar notis-notis berikut:


• Notis Jadual Keempat. Ini adalah merupakan notis bertulis 21 hari yang menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik kenderaan bermotor



• 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, notis kedua akan dikeluarkan untuk memberitahu anda bahawa syarikat kewangan berhasrat untuk menarik kenderaan bermotor selepas luput notis Jadual Keempat



Catatan: Sila ambil perhatian bahawa menurut Akta SB, notis akan dihantar oleh syarikat kewangan itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui.


APA YANG PERLU ANDA BUAT?


• Anda boleh membayar jumlah tertunggak seperti yang tertera di dalam notis Jadual Keempat sebelum luput 21 hari seperti yang dinyatakan di dalam notis Jadual Keempat. Dengan berbuat demikian, kenderaan bermotor anda tidak akan ditarik balik



• Anda boleh memulangkan kenderaan bermotor kepada syarikat kewangan sebelum luput 21 hari notis Jadual Keempat. Anda akan dikehendaki menyelesaikan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan bermotor


TARIKH PENARIKAN


Penarikan boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas luput 21 hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam notis Jadual Keempat.


SELEPAS KENDERAAN BERMOTOR DITARIK


Sebaik sahaja kenderaan bermotor anda ditarik, syarikat kewangan hendaklah memberi kepada anda dokumen bertulis yang mengesahkan penerimaan kenderaan bermotor tersebut. Sekiranya anda tidak dapat dihubungi, dokumen tersebut akan dihantar kepada anda secepat mungkin. Dalam masa 21 hari selepas penarikan, syarikat kewangan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Kelima yang membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada syarikat kewangan.


APAKAH TINDAKAN ANDA SETERUSNYA?


Sebelum tempoh 21 hari seperti yang tertera di dalam notis Jadual Kelima luput, anda boleh meminta syarikat kewangan untuk memulangkan kenderaan bermotor anda dengan:


• Menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan belanja tunai langsung (termasuk kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan, kos penarikan dan penghantaran balik) yang ditanggung oleh institusi kewangan; atau



• Membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung (termasuk kos penarikan, penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan


Anda boleh juga memperkenalkan seorang bakal pembeli yang berminat untuk membeli kenderaan bermotor anda pada harga yang ditetapkan dalam notis tersebut


HAK SYARIKAT KEWANGAN TERHADAP KENDERAAN BERMOTOR YANG DITARIK


Sekiranya anda atau penjamin anda tidak menyelesaikan jumlah belum jelas seperti yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas notis Jadual Kelima dihantar kepada anda, syarikat kewangan berhak menjual kenderaan bermotor tersebut melalui lelongan awam atau jualan terus. Sekiranya syarikat kewangan menjual kenderaan bermotor melalui:


• Lelongan awam, syarikat kewangan berkenaan perlu memberi sesalinan notis lelongan awam tersebut kepada anda, 14 hari sebelum tarikh lelongan



• Kaedah yang selain daripada lelongan awam, syarikat kewangan hendaklah memberi opsyen kepada anda untuk membeli kenderaan bermotor tersebut sekiranya syarikat kewangan berhasrat untuk menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga anggaran yang ditetapkan di dalam notis Jadual Kelima



BAKI HUTANG SELEPAS PENARIKAN


Anda dan penjamin masih bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki hutang kepada syarikat kewangan walaupun kenderaan bermotor telah dilelong. Anda perlu juga menanggung perbelanjaan yang berkaitan dengan lelongan tersebut.



NASIHAT KEPADA PENYEWA


Kena Buat


• Pastikan bahawa semua perjanjian dibuat secara bertulis



• Baca setiap cetakan halus pada perjanjian bertulis



• Pastikan bahawa harga belian dan terma SB dalam perjanjian adalah sebagaimana yang telah dipersetujui


• Pastikan bahawa anda mampu membayar ansuran bulanan sepanjang tempoh pembiayaan



• Pastikan anda mengetahui hak-hak anda di bawah Akta SB



• Pastikan anda mengetahui tanggungjawab anda di bawah kontrak SB untuk memastikan bahawa anda tidak melakukan apa-apa tindakan yang melanggar kontrak



• Segala dokumen yang berkaitan perjanjian SB seperti surat perjanjian, resit dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat selamat



• Semua pembayaran mestilah dibuat kepada orang yang diberi kuasa oleh syarikat kewangan


Jangan Buat


• Menandatangani perjanjian atau borang kosong atau dokumen yang tidak lengkap



• Menerima surat perjanjian yang tidak ditandatangani



• Menghilangkan sebarang dokumen berkaitan dengan perjanjian SB



• Membayar ansuran bulanan kepada seseorang, pengedar atau ejen yang tidak diberi kuasa oleh syarikat kewangan



• Gagal memaklumkan syarikat kewangan jika berlaku pertukaran alamat



• Menjual atau memindah hak milik atau menyerahkan kenderaan bermotor kepada pihak ketiga tanpa persetujuan syarikat kewangan


Sekyen –Seksyen terlibat

Penyenaraian terkini

  • TOYOTA VIOS GRS
    TOYOTA VIOS GRS
    RM 16,500
    ON SALE Setapak (Kuala Lumpur) 03/10/2024
    *SEWA BELI BERDEPOSIY*   *TOYOTA VIOS 1.5 GRS* AUTO YEAR 2021 MONTLY 1138 CHAILEASE CREDIT BLANCE 8 YEAR 11 MONTH ROADTAX INSURANCE AUG 2025   PUSH START BUTTON KEYLESS LEATHER SEAT PADDLE SHIFT LEATHER SEAT REVERSE CAMERA 360 CAMERA      
  • TOYOTA VIOS
    TOYOTA VIOS
    RM 10,500
    ON SALE Setapak (Kuala Lumpur) 03/10/2024
    *SEWA BELI BERDEPOSIT*   *TOYOTA VIOS 1.5 LIMITED G SPEC*   YEAR 2012 MONTLY 829 AEON CREDIT BLANCE 4 YEAR 7 MONTH ROADTAX SEP 2025 ANDROID PLAYER LEATHER SEAT LADY OWNER SPORTRIM    
  • HONDA
    HONDA
    RM 27,000
    ON SALE Setapak (Kuala Lumpur) 30/09/2024
    ???? Honda Civic FC 1.5 Turbo TC-P ????   ???? Jualan Sewa Beli/Lease To Own Berdeposit ????   ???? Year 2020 ???? Deposit RM27,000 ???? Monthly RM1,531 ???? Balance 5 Years 8 Months   ✅ 1 Year Warranty Honda ✅ VIP Plate Number ✅ Modulo Bodykit ✅ Pus...
  • MAZDA 3 2.0 AUTO
    MAZDA 3 2.0 AUTO
    SOLD!
    SOLD! Setapak (Kuala Lumpur) 26/03/2024
    *SEWA BELI BERDEPOSIT*   MAZDA 3 AUTO 2.0 CC     YEAR 2012 AUTO MONTLY 718  T.CHONG CAPITOL BLANCE 3 YEAR 3MONTH ROADTAX INSURANCE NEW 2024 NO PLATE WILAYAH KL LOC
  • TOYOTA ALPARD 2.5  SC
    TOYOTA ALPARD 2.5 SC
    SOLD!
    SOLD! Shah Alam (Selangor) 19/03/2024
    TOYOTA ALPHARD 2.5 SC KoYak PlasTic   JUALAN SEWA BELI/LEASE TO OWN BERDEPOSIT   YEAR 2019/2024 DEPOSIT RM62,000 MONTHLY RM3,246  BALANCE 9Years   ✅ 3Years Warranty  ✅ Full Bodykit Modelista  ✅ Black Laether ✅ Pilot Seat ✅ Adjustble HKS  ✅ 18 Inch Sp...
  • MERCEDES  BENZ  CLA180
    MERCEDES BENZ CLA180
    SOLD!
    SOLD! Shah Alam (Selangor) 19/03/2024
    *MERCEDES BENZ CLA180*   _*SEWA BELI*_       DEPOSIT RM 36,000  MONTHLY RM 2,160  BALANCE 4YEARS   ✅ YEAR 17/2019 ✅ Engine 1.6L Petrol ✅ Transmission 7 Speed Automatic ✅ Drivetrain 2WD ✅ Colour White ✅ Interior Black ✅ 18 inch Rims ✅ Under Warantty  ...
  • MERCEDES BENZ
    MERCEDES BENZ
    SOLD!
    SOLD! Kuantan (Pahang) 19/03/2024
    Mercedes Benz CLA45s AMG 2.0 Stage 2++  500hp++ on whell       MONTHLY RM 4270  BALANCE 6 years 6 month LOAN AFFIN BANK DUE DATE 5HB ROADTEX SEPT 2024   ✅ YEAR 2019 REGISTER 2021 ✅ ARMA SPEED INTAKE CARBON ✅ CENDE DOWNPIPE ✅ FORGED CARBON STEERING ✅ ...
  • TOYOTA HILUX
    TOYOTA HILUX
    SOLD!
    SOLD! Kuantan (Pahang) 19/03/2024
    TOYOTA HILUX 2.4 DOUBLE CAB   AUTO TAHUN 2017 BULANAN RM1347 BAKI 7 TAHUN 11 BULAN LOAN TOYOYA CAPITAL   DUE DATE SETIAP 1HB ROADTEX NEW   CONDITION BAIK FULL SERVIS LEATHER SEAT LOW MILLAGE 90k++        
  • MERCEDES BENZ A180 AMG
    MERCEDES BENZ A180 AMG
    SOLD!
    SOLD! Shah Alam (Selangor) 19/03/2024
    *MERCEDES BENZ A180 AMG LINE* #KOYAKPLASTIK   JUALAN SEWA BELI/LEASE TO OWN BERDEPOSIT     YEAR 2019/2024  DEPOSIT RM45,000  MONTHLY RM1,742 BALANCE 9Years   ✅ 5 Years Warranty  ✅ 1.3L I4 Turbo Engine ✅ AMG Line ✅ Mercedes Ambient Light  ✅ Black Leat...
  • PORSCHE  CAYANNE 3.6 MAGNUM
    PORSCHE CAYANNE 3.6 MAGNUM
    SOLD!
    SOLD! Shah Alam (Selangor) 19/03/2024
    *PORSCHE CAYANNE 3.6 MAGNUM BODYKIT*    Cash Buy Only     PRICE RM63,000  YEAR 2007/2012   ✅ One Careful Owner ✅ Clean Interior ✅ Accident Free ✅ Engine & Gearbox Good Condition ✅ Full Set Magnum Bodykit ✅ Black Leather Seat ✅ Bose Sound System  ...